Showing posts with label TESTIMONI. Show all posts
Showing posts with label TESTIMONI. Show all posts

17 October 2009

HPA berhasrat buka 100 RFC


Insya'allah, marilah kita sama-sama doakan...
HARIAN METRO
13 OKTOBER 2009 (M/S 25)
HPA Industries Sdn Bhd (HPA) mensasarkan tersenarai dalam syarikat ‘kelab bilionair’ setanding korporat gergasi negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang dengan sebahagian besar pendapatan disumbang menerusi jualan langsung (MLM) dan rangkaian restoran makanan segeranya.Syarikat milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini dan yang pertama diiktiraf sebagai MLM Syariah (MLMS) itu terkenal dengan produk makanan dan minuman kesihatan jenama Radix seperti Kopi Radix dan Radix Koko.
Pada masa ini produk keluaran syarikat itu Radix Fried Chicken (RFC) dan Radix Chicken House (RCH) mencetus fenomena baru dalam industri restoran makanan apabila menyajikan makanan organik, halal, suci dan berkualiti. Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata ketika ini, jualan syarikat berada sekitar RM15 juta sebulan dan mensasarkan memperbanyakkan lagi keluaran dalam rangkaian MLMnya yang kini berjumlah lebih 150 produk untuk melonjakkan lagi jualan syarikat.
“Kami memperkenalkan banyak produk makanan baru seperti Radix mi kuning, sosej dan sate organik, makanan dalam tin, pelbagai jenis sos dan banyak lagi barangan yang disasarkan untuk kegunaan harian yang terjamin halal dan suci, sekali gus menjadi kekuatan syarikat.“Pada masa sama, kami juga mensasarkan untuk membuka 100 RFC di seluruh negara yang mana apabila ia tercapai akan melonjakkan jualan kepada RM100 juta sebulan, sekali gus menjadikan HPA antara MLM yang mempunyai jualan melebihi RM1 bilion setahun di negara ini,” katanya sempena Konvek HPA 2009 di Serdang, Selangor, baru-baru ini.
Konvek diadakan bagi meraikan pengedar terbaik MLM berkenaan yang menerima pelbagai insentif daripada wang tunai hingga pakej pelancongan ke Sepanyol, Australia, Indonesia dan pakej haji serta umrah.Dalam Konvek HPA 2009, Hafidzan Fauzi dinobatkan sebagai Pengedar Lelaki Terbaik Tahun (DOTY) 2009 manakala Zaharah Mat Zain DOTY 2009 Wanita.
Sementara itu, Ismail berkata, selain RFC yang dibuka di Sungai Petani dan satu di Alor Setar, semuanya di Kedah, beberapa RFC lagi dalam pembinaan dan dijangka beroperasi dalam tempoh terdekat di Melaka, Kluang, Johor dan Perlis.Katanya, usaha juga sedang dijalankan untuk membuka RFC di Makkah dan berharap ia dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat.
Menurutnya, lagi rangkaian restoran makanan segera milik HPA iaitu RCH turut mendapat sambutan luar biasa sebaik dibuka di Kodiang, Kedah menyebabkan beberapa lagi cawangan RCH kini dibuka seperti di Kangar, Perlis dan Alor Setar.
“Antara makanan disediakan di RCH ialah ayam golek, ayam panggang, ayam goreng RFC, sate organik, nasi ayam, aiskrim Toyibbah (keluaran HPA), nasi itik, jagung bakar, jagung cup, pop corn dan semua jenis minuman HPA,” katanya.

13 October 2009

Bila Master RADIX kembali menipu pengguna

GM ke Tawau, Sabah minggu lepas. Agak kurang menyenangkan mata memandang jenama Master Radix kedapatan di warung dan restoren di sekitar Sabah.

Tambah sakit mata dan hati apabila kakak GM seorang guru di Sungai Patani memberitahu bahawa Master Radix di jual di sekolah beliau.Tambah geram menerima sms Master Radix di jual di sebuah restoren di negeri Perlis.Lagi tambah kecewa bila melihat Master Radix menggunakan papan Kopi Radix di R&R Bukit Merah, Perak.

Apakah kita semua kini sudah layu dan masih dibuai dengan 'mabuk ketupat' raya. Apakah istilah Gempur Radix hanya mainan di bibir sahaja. Apakah kita seperti generasi yang lampau dengan istilah "cukuplah dengan apa yang ada sekarang". Apakah kita asyik dengan keselesaan sekarang sehingga hilang lupa masa depan kita akan terancam.

I feel shocked mendengar kenyataan PJS Sabri SP mengatakan "MASTER RADIX AKAN KEBUMIKAN KOPI RADIX DI BUMI PERLIS". I hope dont be monkey excited(terkejut berok) dengan apa yang GM sampaikan ini.

Kepada semua warga yang membaca sila copy and paste dan masukan dalam blog masing-masing.

16 September 2009

Balik Raya

Insya'allah....lepas solat tarawih malam ini saya akan memulakan perjalanan balik ke kampung. Esok sudah mula bercuti sempena Idul Fitri sehingga Ahad depan.... Jadi selama bercuti di kampung, tidak dapat menjengah dan meng 'update' blog ini.

Kepada semua pengunjung setia blog ini... diucapkan..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN

Jumpa lagi nanti.

08 September 2009

Anak-anak RADIX


Yang kiri sekali :
Nak Air Jambu.....Nak Air Jambu....
Nak Air Pegaga campur Rojel...
Yang di tengah tu adalah RADIX Boy :
Ehh...Ehh....Ehh.....senyum lebar minum Air Roselle dalam botol
Kadang-kadang minta sedikit Kopi Radix ayahnya...
Yang kanan sekali :
Ayaaaahh....Ayahhhh.... Nak Radix Koko campur madu....

01 September 2009

TIPS untuk sihat : Kaedah Perubatan Islam

Dipetik daripada http://hamba66-ramly.blogspot.com/

Kita semua maklum yg ALLAH SWT bekalkan kat kita semua 'Kekuatan Fitrah" a.k.a IMUNITI @ sistem daya tahan tubuh [semuanya =lah tu] ketika lahir ke dunia ini. Orang dolu-dolu untung la kerana seingat saya masih ade bidan kampung yg sambut kelahiran bayi. Tapi skrg smuo kene bersalin kat hospital.

Masalahnya skrg ni, kelahiran bayi tu x disambut dgn cara yg ISLAM ajar: TaLi pUsAt tu x bole potong dulu selagi ia x berhenti berdenyut dan mengempis : kerana IMUNITI utk anak tu x habis di salurkan sepenuhnya melalui tali pusat tu. Sebab tu doktor kene pening kepala utk suntik sesuatu {selalunya vaksin la yg meragukan} utk "kuatkan semula" imuniti budak tu.

1-PERKASAKAN DAYA TAHAN TUBUH

Ooleh itu; kita yg berpegang kpd kefahaman "PeNyAkIt disebabkan oleh kelemahan sistem IMUNITI" hendaklah berusha utk membersihkan "kotoran" yg telah melemahkan sistem daya tahan tubuh [detoksifikasi] tersebut agar IMUNITI DAPAT DIBANGKITKAN SEMULA dgn mengamalkan HERba-herBA yg bersifat alamiah yg telah menjadi amalan datuk nenek moyang kita dulu sejak zaman berzaman.

Semua herba-herba alamiah yg tidak beracun adalah baik utk diamalkan terutamanya pegaga; yang telah dipatenkan oleh Malaysia dan juga mendapat pengiktirafan WHO diantara 20 herba terbaik dalam dunia. Kandungan bahan aktif dalam pegaga yg melebihi 50 jenis menjadi faktor penting kenapa herba ini menjadi pilihan utama dlm ramuan produk keluaran HPA. Diantara kelebihan pegaga ini; ia bole dgunakn untuk mengatasi masalah batuk, menurunkan tekanan darah tinggi, baik utk demam dan banyak lagi.

Perawatan tidak akan lengkap sekiranya kita tinggalkan makanan kesihatan yang Rasulullah S.A.W guna untuk tujuan perubatan seperti madu asli, habbatussauda dll. Untuk tujuan itu, madu hendaklah diamalkan oleh setiap mereka yang mengaku sebagai ummat nabi akhir zaman; sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Yaitu di waktu pagi sebelum solat subuh dan waktu sebelum nak tidur malam.

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Gunakan dua penyembuh; madu dan al quran.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Al Hakiem)

Para herbalis memandang bahawa madu sebagai sumber alamiah dan al quran itu sebagai sumber ilahiah. Ilahiah bermakna mengadakan hubungan dengan Allah S.W.T. sedangkan alamiah ialah sumber dari alam semula jadi seperti tumbuhan, batu-batan, logam dan haiwan.

2-PASTIKAN LAWAS DALAM PEMBUANGAN AIR BESAR

Sembelit merupakan perkara besar yang disebut oleh nabi sebagai punca kepada banyak masalah penyakit. Tapi ramai manusia yang tak hendak mengaku yang dianya sembelit.

Buang air besar a.k.a berak; adalah satu proses dimana tubuh cuba utk mengeluarkan najis (kotoran yg berbagai jenis) dari usus besar agar tuan tubuh menjadi sihat. Dlm erti kata lain, "bila kotoran dpt d kluarkn dari badan, badan bertambah bersih => tubuh akan sihat".

Cuba kita bayangkan TONG SAMPAH yang ditepi rumah tidak "dikosongkan"; sudah pasti ia akan mengundang lalat, langau, ulat dan binatang liar utk berpesta "menjamu selera" dengan makanan percuma yang dihidangkan oleh tuan rumah yang murah hati itu. Bagaimana pula dengan usus besar yang tak dapat "membuang" isi perutnya dalam masa 14 jam dari masa makanan itu masuk ke dalam mulut tuannya? Bagaimana pula dengan orang yg simpan "harta pusaka" itu lebih dari 3 hari? Ada yang sampai 1 minggu pun tak buang2 dan ada yang lebih dari itu. Bayangkan betapa sakit kepala orang itu bila gas "methane" yang terhasil dari sembelit yang kronik tersebut naik sampai ke kepala???? MIGRAAAAAAAAAAAAAAIIIIIIIIIN.

Untuk lawas B.A.B tak susah mane pun. Kita bole pilih ikut kesesuaian tubuh kita produk-produk HPA yang berikut: PELAWAS, TUJUANGIN, D'KARM, ROSELLE, MINYAK ZAITUN.

Sebelum terlupa, untuk lawas B.A.B makanlah buah2an sebelum makan yang berat-berat; bukan makan buah selepas makan.

3-MAKAN YANG HALAL LAGI TOYYIB

Sudah pastilah kalau nak tubuh yang sihat kita takkan makan "JUNK FOOD". Kita sebagai orang ISLAM yang mengutamakan kebersihan sudah tentu akan ikut saranan ALLAH SWT untuk makan YANG HALAL LAGI TOYYIB spt maksud ayat 168 dari Surah AlBaqarah .

PESAN IMAM GHAZALI RAHMATULLAH ALAIH

  • Jika Kita Ingin Anak Kita Menjadi Soleh, Bijaksana Dan Berguna, Berikanlah Ia Makanan Daripada Rezeki Yang Halal Sejak Ia Lahir.
  • Makanan Yang Halal Selain Menjadikan Anak Kita Berguna, Boleh Menjadikan Mental Mereka Pintar Dan Cerdas.
  • Sebaliknya Anak Akan Menjadi Derhaka Terhadap Kita Jika Ia Diberikan Makanan Yang Haram Dan Kotor.

Dalam kehidupan ini, air memainkan peranan penting. Kita ambil wuduk guna air mutlak; tak guna air musta'mal apatah lagi air muttanajis. Nak cuci longkang yang tersumbat; tak cukup 1 baldi air, kena guna banyak air.

Gitu-gitulah nak tubuh yang sihat; kena amalkan air "mutlak" dan "banyak". Air mutlak yang terbaik adalah AIR ZAMZAM [pH=13.5; bersifat alkali] dan air yang ditapis oleh tanah yang ALLAH jadikan. Banyak pula mengikut keperluan tubuh sihat adalah sekitar 2.5 liter atau 10 gelas sehari diambil 5 kali {sebelum 1 gelas dan selepas 1 gelas} sehari mengikut waktu-waktu solat yang sediada.

Banyak minum => kerap kencing [buang kotoran] => badan tambah bersih => SIHAT

Bagi mereka yang ada masalah kesihatan (sakit) kenalah berpantang dan berpuasa. Bagi yang sakit ada makanan yang halal dia tidak boleh ambil sebab TAK TOYYIB; kalau dimakan juga akan menyebabkan lambat sembuh. Kena PANTANG SUNGGUH-SUNGGUH; bukan PANTANG JUMPA.

4-MENGAMALKAN BERBEKAM

Bekam merupakan satu kaedah PERUBATAN NABI yang telah dilupakan oleh UMAT ISLAM. Ramai juga yang melakukan BEKAM tapi tak ikut kaedah yang betul; cuma nak jadikan bekam ni sebagai sumber CARI MAKAN JE bukan untuk tujuan menghidupkan SUNNAH.

Bekam adalah satu kaedah mengeluarkan keracunan (toksid) daripada tubuh badan melalui permukaan kulit. Proses ini membantu memberi kerehatan kepada ginjal, limpa dan hati daripada melakukan kerja yang berat secara berpanjangan.

Dengan berbekam darah akan menjadi lebih bersih, dapat berfungsi dengan lebih berkesan untuk menghantar oksigen, nutrien, haba, hormon dll dan menjadikan tubuh lebih sihat dan ceria.

Mengikut pengalaman saya yang baru setahun jagung dalam bidang PERUBATAN JAWI ini; banyak masalah-masalah kesihatan yang dirujuk kepada saya dapat diatasi dengan IZIN ALLAH iaitu dengan mengambil kira keEMPAT-EMPAT faktor penting yang telah jelaskan di atas.

Mudah-mudahan perkongsian ilmu dan pengalaman ini dapat dimanfaatkan oleh sahabat-sahabat seperjuangan yang lain dalam usaha untuk memertabatkan PERUBATAN ISLAM dalam masyarakat Islam yang telah terpesong jauh dari kaedah perubatan yang sebenarnya.

Walau bagaimanapun, saya mohon tunjuk ajar dari mereka yang lebih berpengalaman agar tanggungjawab yang berat ini dapat kita pikul bersama demi untuk mencari keredzaan ALLAH SWT.

28 August 2009

Salam Ramadhan

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada saya dan pengunjung blog ini untuk menambahkan amal ibadah kita... Amin...

19 August 2009

Visi dan Misi HPA

VISI HPA

Mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan. Komited menjadi pengeluar dan pemasar produk halal melalui jaringan MLM di negara ini dan membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa.

MISI HPA

Mempelbagaikan rangkaian produk herba dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan yang dapat membantu menyembuhkan penyakit. HPA juga memberi keutamaan mempelbagaikan keluaran produk halal bagi tiga produk utama iaitu makan kesihatan, barangan keperluan harian dan kosmetik. HPA memyedia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga dan masyarakat.




Kenali HPA Group

HPA GROUP :

1. HPA Farms Sdn. Bhd.
2. HPA Food Sdn Bhd.
3. Al Wahida Marketing
4. KoWAHIDA
5. RADIX Fried Chicken (RFC)
6.RADIX Chicken House (RCH)
7. Al-Zahraa Sdn. Bhd.
8. Radix COLA Sdn. Bhd.
9. Toharoh Dobi
10. HPA Collection
11. Al-Zahraa Inn
12. Jawi Herb Shop
13. HPA Ilham Holidays
14. Radix Bakery House
15. Mutiara Hikmah
16. Radix Industries Sdn. Bhd.
17. HPA Multimedia, Sales and Services
18. HPA Training, IT & Multimedia
19. Radix Oriental Cuisine (ROC)
20. HPA Organics
21. Pusat Perabot PJS
22. JAWI Homestay



14 August 2009

ROKOK - BOM JANGKA

Khutbah Jumaat hari ini bertajuk 'BOM JANGKA' - amaran keras kepada semua perokok.
Kesimpulan yang dapat dibuat seprti di bawah :-

1. Tiada nas menyatakan hukum merokok tetapi ianya tergolong di dalam perkara syubhah dan adalah ditegah.
2. Tiada seorang pun pakar kesihatan yang menyatakan merokok membawa sebarang kebaikan malah pelbagai keburukan.
3. Kerajaan mengeluarkan kos yang tinggi dan membazir untuk mengubati segala penyakit yang berpunca daripada merokok / perokok.
4. Rokok adalah senjata Yahudi untuk menghancurkan umat Islam.
5. Mula merokok bermaksud telah menghidupkan 'bom jangka' di dalam diri seseorang dan akan meletup pada bila-bila masa.

Teks khutbah telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Mengapa HPA ?


Sekiranya ingin mengetahui mengapa kita perlu perjuangkan HPA, perlu baca kedua-dua buku ini...

12 August 2009

Berita terkini

Malam tadi, ke HPA Cawangan Serdang, malangnya ianya tutup awal. Jadi, alang-alang terus ke HPA Cawangan Bangi. Setelah selesai membeli, terserempak dengan our top leader dan beberapa info telah diberikan, antaranya :

1. Putrajaya akan menjadi Ibu Pejabat HPA yang baru. 5 lot kedai sedang rancak diubahsuai dan dijangka mula beroperasi mulai Jan 2010 (Ibu pejabat masa kini adalah di Jejawi, Perlis).

2. Shah Alam, Seksyen 7 akan menjadi HPA City kawasan Tengah (menggantikan pelan asal di Bangi)

Oleh itu, marilah kita sama-sama gempur RADIX di kedua-dua kawasan di atas.

03 August 2009

Derma Pembinaan Masjid Taman Puncak Jalil

Assalamualaikum semua,
2 minggu lepas, gotong-royong membersihkan tapak masjid di taman saya.
Sesiapa berminat untuk menderma ke dana pembinaan Masjid Taman Puncak Jalil ini bolehlah terus depositkan ke akaun Maybank : 562852001429 atau menghubungi En. Fikri ditalian 016-263 5800 atau En Zairul 016-206 1616.



26 July 2009

Warna-warni KONVEK 2009

Antara gerai jualan : Centella White (gambar atas) dan Radix Kola (gambar di bawah)


Selepas pekena aiskrim Toyyibah 3 perasa RM2.00 sahaja


Hadiah Insentif, sehelai jaket HPA dan kursus PIC percuma...


Irdina sungguh gembira bergambar di booth aiskrim toyyibah memperkenal beberapa perisa yang baru...

29 June 2009

RFC Lagenda Sungai Petani


Sampai juga akhirnya! Kami menikmati RFC di Sungai Petani...
pada Jumaat 26 Jun 2009 @ 6.00 petang yang lalu....
Masing-masing menahan lapar daripada makan tengahari untuk menikmati kelazatan ayam goreng RFC!