Assalamualaikum semua,
Salam tahun baru 2010. 2-3 hari ini sibuk melayan anak sulong yang bakal ke sekolah Tahun 1.
31 Disember lalu adalah sesi orientasi bagi sekolahnya.
Semalam sibuk menulis nama di semua buku tulis dan buku-buku latihan.
Hari ini pula sibuk menyampul buku-buku tersebut agar tahan lasak dan tidak mudah koyak ataupun rosak tertumpah air.
Teringat zaman persekolahan dulu-dulu. Kini, giliran anak-anak pula.
Sekian.