14 August 2009

ROKOK - BOM JANGKA

Khutbah Jumaat hari ini bertajuk 'BOM JANGKA' - amaran keras kepada semua perokok.
Kesimpulan yang dapat dibuat seprti di bawah :-

1. Tiada nas menyatakan hukum merokok tetapi ianya tergolong di dalam perkara syubhah dan adalah ditegah.
2. Tiada seorang pun pakar kesihatan yang menyatakan merokok membawa sebarang kebaikan malah pelbagai keburukan.
3. Kerajaan mengeluarkan kos yang tinggi dan membazir untuk mengubati segala penyakit yang berpunca daripada merokok / perokok.
4. Rokok adalah senjata Yahudi untuk menghancurkan umat Islam.
5. Mula merokok bermaksud telah menghidupkan 'bom jangka' di dalam diri seseorang dan akan meletup pada bila-bila masa.

Teks khutbah telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.