08 March 2009

KISMIS MINDA


Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek.


Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.
Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.
Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.

Khasiat dan Kegunaan Kismis:
1. Melindungi hati.2. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).3. Melawaskan pembuangan air besar.4. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit5. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.
Harga PenggunaSemenanjung Malaysia: RM 10Sabah & Sarawak: RM 12
Harga Pengedar HPASemenanjung Malaysia: RM 8Sabah & Sarawak: RM 10
Nilai Mata (NM): 3